j o e z a k a r i a||TheMomentChaser

By: Joe Zakaria

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Thursday, 29-Mar-2007 19:44 Email | Share | | Bookmark
Product Shooting

 
 
 
View all 4 photos...
Rasa cm dh lama aku xupdate fotopage nie..nak kata bz tu xla..tp xsempat nk gi shoot..So aku setup la mini studio aku kt umah..eceh2..mini studio konon..pakai kertas A3 je..kuikuikui..

Aku dok tgk2 iklan2 kat majalah cantik2..so aku pn tpk gak cmne la agaknya derang shoot..tp derang guna studio..lighting sume ada..so aku guna la cara yg paling economical..mgunakan kertas A3..Setelah di edit2..ini lah hasilnya..maaf lah..aku xpandai amek gmb..haih..masih lagi belajar..hope u all enjoy..



Thursday, 22-Mar-2007 21:21 Email | Share | | Bookmark
Dzulhakim's 5th Birthday

Abg dah 5tahun...
Dzulhakim & Ikhmalhakim
Kek kecik sgt la mama..
View all 5 photos...


Pejam celik-pejam celik,dh lima tahun umur budak nie..mcm kejap je masa berlalu..aku masih ingt lagi saat dia diazankan..saat dia mula meniarap..saat dia mula pandai gigit jari aku..saat dia hampir tergolek jatuh tangga..sampai la sekarang,dh pandai hitung 1,2,3..dah hafal a,b,c..dah pandai membebel kat mama dia dan dah pandai nyanyi lagu mawi..dalam masa 5thn,bnyk benda yg dah terjadi..hinggakan aku tak perasan pembesaran budak ni..anak adalah rezeki kurniaan Ilahi..aku tak faham kenapa manusia sanggup meniggalkan anak di tepi² longkang,di dlm tong sampah,di dlm tandas..sedangkan meraka tak bersalah dan tak berdosa..kalau dijaga anak itu sebaik²nya..suatu hari nanti,di saat susah senang kita,di saat sakit demam kita,di saat kita memerlukan pahala yg dikirim mereka..kita akan sedar..anak itu adalah satu anugerah yg paling bermakna dalam hidup kita..Selamat hari lahir Dzulhakim,semoga tuhan panjangkan umur,dilimpahkan rezeki dan dilindungi dari sebarang kemungkaran..Ayahsu sayang Dzulhakim..


Friday, 16-Mar-2007 10:18 Email | Share | | Bookmark
Wajah-wajah tersayang..

Kami Botak!
Skang sudah complete 5 beradik
1,2,3 lekok!
View all 9 photos...


Kasih sayang dan ikatan kekeluargaan ttp akan dijunjung sehingga ke akhir hayat..tp adakah semua itu masih bermakna di zaman serba moden skrg ni..?Aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yg menerapkan nilai2 murni dalam hidup,mengajar aku erti kasih dan sayang,mengajar aku erti susah payah menempuhan perjalanan kehidupan. Walaupun ibu ku sudah tiada di dunia ini,hubungan kekeluargaan ttp utuh dan kukuh.. Kehilangan tetap terasa tetapi hidup mesti diteruskan..entry kali ni aku dedicate kan tuk Allahyarhamah ibuku..semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin..


Sunday, 4-Mar-2007 19:03 Email | Share | | Bookmark
Playing with Adobe Photoshop CS

Horor!
Aku suka gmb ni


Saturday, 3-Mar-2007 17:58 Email | Share | | Bookmark
Chinese New Year Celebration at Bukit Bintang Kuala Lumpur

Ini lah Yee Sang..
Singa2 mula nak mengaummm
Bnyaknya singaaa
View all 9 photos...


Quote:
Chinese New Year Celebration 2007 @ Bukit Bintang.

Pada pukul 630pm kitaorg sampai kt area Bukit Bintang. Cuaca pada ptg tuh hujan renyai-renyai. Kalau diikutkan kitaorg tak tau pun ada event apa mlm tu sebab dari info pihak yg boleh dipercayai, dia bagitau kitorg event ni akan bermula pada pukul 830pm. Sementara menunggu acara Yee Sang ni, kitaorg jalan-jalan dalam Sungai Wang dan KL Plaza.
Dah puas jalan-jalan keliling area Jalan Bukit Bintang, Jam kt tangan sudah menunjukkan pukul 815pm tapi hujan belum berhenti lagi. Kitorg lepak pekena karipap 2 ketul & 2 coke ( Tapi Joe pekena 2 batang rokok). Dlm kul 900pm, kitaorg gerak untuk lihat persediaan Yee Sang dan time tuh pun hujan dah berhenti. Malam tuh acara utamanya adalah Event Cipta Rekod Malaysia utk Yee Sang terpanjang iaitu 520 meter. Nak diikutkan mlm tuh penuh warna-warni dgn aktiviti & orang ramai pun dah mula berada di sepanjang jalan Bukit Bintang.
Pada pukul 930pm , ketibaan Timbalan Perdana Menteri kita Tan Sri Najib Tun Razak bersama dgn isterinya & juga ahli-ahli Parlimen yg lain. Mereka di iringi oleh 6 pemukul gedang dari DBKL dan beberapa aksi tarian Singa dari persatuan Taman Kepong sepanjang perjalan mereka ke atas pentas. Manakala setibanyer para tetamu terhormat di tmpt duduk masing-masing, pukulan gedang dari 2 buah sekolah rendah Cina dimulakan disusuli dgn tarian traditional melayu dari DBKL.
Pada pukul 9.50pm, Tan Sri Najib Tun Razak merasmikan acara gilang gemilang ini dgn diperhatikan seramai lebih 100 000 masyrakat berbilang kaum yg hadir pada mlm itu. Tidak dilupakan juga para pelancong asing yg mengambil kesempatan utk menyaksikan bersama acara ini. Bagi kepercayaan kaum Cina, haiwan Naga adalah melambang kebahagian & kemakmuran. Sementara tradisi Yee Sang ini selalunya di makan bersama-sama ahli keluarga mereka (Makan besar bak kata org dulu) iaitu sehari sebelum perayaan Tahun Baru Cina. Kemudian untuk infomasi anda, lagi tinggi Yee Sang tu diangkat lagi banyak ONG!!! akan anda dpt dalam tahun ni.
Dalam pukul 1015pm, kitaorg pun berundur dari event ni walaupun masih belum abis lagi sebab JOE dah puas dgn aktiviti menenbak dia & kaki ako pun dah letih sebab lama berdiri. ~SEKIAN~

Article by AmirArshad (thanks dude!)



[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net